Kali ini, penulis ingin berkongsi kenangan bersama teman-teman sekerja yang menyertai Konvoi Ke Lata Sempenih, Batu Kurau, Perak pada Hari Sabtu, 7 Mei 2011 yang lalu.
Konvoi ini disertai seramai 30 orang dengan 10 buah kenderaan dengan 3 daripadanya ialah kenderaan jabatan. Selain untuk bersuka ria bersama keluarga, konvoi ini juga tidak ketinggalan untuk singgah sebentar di Sekolah Tunas Bakti, Taiping untuk beramah mesra bersama penghuninya.
7.45 pagi:
Kebanyakan peserta berkumpul di dalam perkarangan pejabat seawal jam 7.30 pagi lagi sebelum menunggu rakan-rakan lain tiba. Konvoi yang diketuai oleh Penghulu Hafizi dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh beliau sendiri sebelum bertolak jam 8.30 pagi.
9.00 pagi:
Berhenti di RnR Juru untuk menanti beberapa lagi rakan-rakan yang belum tiba. Peserta-peserta konvoi mengambil peluang untuk mengisi minyak dan membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa ke tempat yang dituju.


11.15 pagi:
Tiba di Lata Sempenih, Batu Kurau! Alhamdulillah...kawasan perkelahan belum lagi dipenuhi pengunjung, jadi memang cukup ruang untuk kami menakluki kawasan tersebut. Tanpa membuang masa, semua peserta konvoi memulakan tugas masing2. Ada yang mendirikan khemah, ada yang membentangkan tikar, ada yang menyiapkan makanan, ada yang terus mandi dan ada juga yang cuci mata...hehe. Jom kita layan apa yang mereka buat sepanjang berada di Lata Sempenih ni...
Jernihnya air...
Hm...baru sampai dah terjatuh...
Wah...banyaknya durian..boleh habis ke???
Antara makanan yang ada...ulam pun ada?
Amboi...cukup ke sebiji tu?
Siapa gerangannya tuan punya perut ini?
Uuuuhhh...sedapnyeeeee
Tengah cari port nak basuh pinggan ke?
Apa agaknya sedang dibincangkan tu...hal-hal negara agaknya
Terima kasih Fadil...dapat jugak merasa kenaikan paras air.
Jangan bangun lagi tau...
Rehat sekejap..nanti sambung balik
Haiitt! Ke Kiri..Pusing! Duduk Makan Nasi, Pastu Mandi!
Arahan dari Major (B) Bakhari...hehe
Patut la air banyak hari tu...melimpah2 lagi...huhu
Pilih...pilih...pilih...semua sedap2...
Semua dah penat mandi dan makan. Tiba masa untuk ke destinasi seterusnya. Sebelum tu, sampah sarap perlulah dibuang. Kawasan sekitar dibersihkan seperti ketika kami sampai.
Apa agaknya yang Penghulu Hafizi tunjuk tu? Cuba zoom tengok...
Aha...bersih pun...macam ni la warga PDTSPU!!!
3.15 petang:
Berhenti di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat.
4.45 petang:
Tiba di Sekolah Tunas Bakti, Taiping. Di sini, kami berkesempatan beramah mesra dengan beberapa pelajar sekolah berkenaan dengan mengadakan perlawanan bola tampar. Sebelum itu, pelajar-pelajar ini dijamu dengan buah durian, pulut dan nasi yang kami bawa. Hm...patut la mereka ni kalah, rupa-rupanya awal-awal dah bagi panas...haha
Makan2 durian sebelum main bola tampar...
Penghulu Azhari: Errgghh...nasib baik lepas
Yazid: Aduyai....penatnya nak lompat, nasib baik aku tinggi
Sobri: Sedia...terimalah tamparan hebat abad ini!!!
6.35 petang:
Berakhirnya konvoi. Sampai masa untuk kami bertolak balik. Oleh kerana masing-masing memang dah tahu jalan pulang, konvoi akhirnya berpecah sedikit demi sedikit ketika di lebuhraya. Alhamdulillah...kami semua selamat sampai di perkarangan pejabat sekitar jam 8-9 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan