Bertemu lagi kita dalam siri jelajah Pejabat Daerah dan Tanah SPU... Hm, kali ni kami ke pulau lagenda. Mana lagi kalau bukan Pulau Langkawi...
mercu tanda Pulau Langkawi
Hari Sabtu, 14 Mei 20118.00 pagi:
Lawatan yang disertai seramai 36 orang mula bertolak dengan menaiki bas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan sebuah kenderaan jabatan.
9.00 pagi:
Sampai di Hentian RnR Gurun. Masing-masing tak sempat makan di rumah, jadi...kat sini la tempatnya nak lapik perut sikit sebelum meneruskan perjalanan. Yang bestnya, ada yang bawa bekal dan kongsi makan beramai-ramai...haha. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan terus ke Jeti Kuala Perlis pada jam 9.30 pagi.
Licin...mesti lapar gila ni...
Berkongsi makanan
makan dulu...lepas ni nak lena...
11.00 pagi:Tiba di Jeti Kuala Perlis. Kami dimaklumkan bahawa waktu feri berlepas untuk trip kami adalah pada jam 1.00 petang. Hm, masing-masing buat hal sendiri dulu. Ada yang cari makan, ada yang bersiar-siar dan ada yang terlena di tempat menunggu.
ahh...sampai pun
Dalam hati berkata, "ini sebagai bukti aku pun pi sama...hehe"
lambatnya feri nak sampai...mengantuk dah ni
1.00 petang:Feri dah sampai...Jom naik!! Haha...oleh kerana jumlah kami seramai 36 orang, oleh itu kami dapat tempat baik punyerrr... Tengok la sendiri, satu tingkat tu kami yang kontrol, apa lagi...masing-masing back to kindergarden la. Pasang pulak cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, lagi la riuh rendah dibuatnya...
kawasan ni kita kontrol...suka hati la nak bising tahap mana pun...
teringat zaman muda-muda dulu....
2.00 petang:Sejam ja ambil masa nak sampai... Masing-masing dibahagikan kepada 7 kumpulan dan disediakan sebuah kereta sewa untuk kumpulan masing-masing. Dah terima kereta, destinasi pertama...mesti la nak cari stesen minyak. Kemudian, kami singgah kat sebuah masjid untuk menunaikan solat. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama.
mana dia inspira yang aku nak tu...takkan wira je kot
apa2 pun, singgah solat dulu...
4.00 petang:Inilah destinasi yang pertama. Kompleks Kraf Langkawi. Kami disambut oleh pegawai di situ dan dibawa ke dewan taklimat. Memang menarik Kompleks Kraf ni...macam2 yang ada. Kami di bawa untuk melawat satu demi satu dewqn pameran yang terdapat seni bina seperti batik, kristal, seni jahitan, ukiran, muzium mini, budaya dan tempat membuat ukiran kristal. Di sini, kami sempat didedahkan dengan cara-cara bagaimana ukiran kristal dibuat. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil untuk dikongsikan bersama.
Kompleks Kraf
penyampaian cenderahati kepada pihak Kraf
antara benda2 menarik yang terdapat di dalam Kompleks Kraf
uiks...kerbau ke orang yang tak real ni...
mesin tebu zaman dulu-dulu...
demo seni pembuatan kristal
6.15 petang:Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Pantai Tanjung Rhu untuk menikmati pemandangan senja. Cantik pantainya. Sambil minum-minum, ada yang mengambil peluang mengambil gambar. Hm, sampai ke Tanjung Rhu Resort ye nak ambil gambar...kan dah kena tegur dengan pengawal...haha, nak ambil gambar, kena la menginap kat hotel tu. Ala, semalam baru usd1500...huhu
sempat bergambar di Tanjung Rhu Resort...jadi la..huhu
7.00 petang:Sampai di bilik penginapan. Lokasinya, di Dometri Koperasi Pembangunan Daerah, kira-kira 5 minit dari Pekan Kuah. Aktiviti seterusnya...BEBAS! Suka hati la nak buat apa pun...
Hari Ahad, 15 Mei 2011
11.00 pagi:
Perjalanan pagi itu dimulakan dengan mengunjungi Kompleks LADA di Pekan Kuah. Disambut oleh beberapa pegawai LADA, kami dibawa terus ke audotorium untuk mendengar taklimat. Makan tengahari kami juga disediakan oleh pihak LADA. Hm, memang sedap...terima kasih, LADA...
taklimat oleh pegawai LADA
tekun mendengar taklimat...nampak macam menarik
makan tengahari tajaan LADA...memang sedap!
12.15 tengah hari:Balik semula ke Dom. Kami diberi masa sehingga jam 1.45 petang untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Hm, ke mana pula kali ni...
2.15 petang:
Tiba sekali lagi di Tanjung Rhu. Kali ini untuk aktiviti wajib kami di Pulau Langkawi ini. Mengikut pakej yang dipilih, kami dikehendaki menaiki bot untuk ke Eagle Feeding, Gua Buaya, Gua Kelawar dan Snorkling di sebuah pulau. Kawasan tak begitu memuaskan hati kerana air yang keruh di situ. Namun itu tak juga menghalang kami untuk bersuka ria.
bersedia untuk terjun...
nampak macam king kong tak? hehe...
on the way nak masuk gua buaya
kejap je masuk, dah keluar pun...
pusing-pusing sekitar Kilim Geoforest Park
pegang kuat-kuat...lepas ni nak bawa laju
6.00 petang:Semua dah basah kuyup, tiba masa untuk pulang ke Dom. Setibanya kami di Tanjung Rhu, masing-masing menukar pakaian dan menuju ke kereta masing-masing dan terus pulang semula ke Dom. Seperti biasa, malam ni...aktiviti BEBAS! Ada yang mengambil peluang untuk makan malam di Pekan Kuah, ada yang mengambil gambar suasana malam di Dataran Helang, ada yang menjamu mata di Pantai Chenang sambil menghirup udara segar di situ...hm, nyamannya... Dan ada juga yang sampai ke Kota London...hah? Tidur dalam Dom je la jawabnya...haha
Hari Isnin, 16 Mei 2011
11.30 pagi:
Setelah selesai bersarapan pagi, kami bergerak lagi hari ini. Kali ini, tempat yang dituju adalah di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Pulau Langkawi di Teluk Ewa, kira-kira 20 minit dari Pekan Kuah. Kami disambut oleh beberapa pegawai di situ dan diberikan sedikit taklimat mengenai pengurusan dan suasana kerja JKDM di Pulau Langkawi. Sepertimana di LADA, kami juga disajikan dengan makan tengahari oleh pihak JKDM. Sebagai tanda kenangan, kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama pegawai-pegawai JKDM.
taklimat oleh KDRM
penyampaian cenderahati kepada KDRM
makan tengahari tajaan KDRM
bergambar kenang-kenangan di KDRM
1.30 petang:Balik semula ke Dom. Kena berkemas sebelum jam 2.00 petang sebab terus nak bertolak ke Jeti Kuah. Masing2 kalut sebab masa suntuk sangat, ada yang baru nak mandi pun ada...huh, sempat lagi tu...
2.45 petang:
Kereta yang disewa, dihantar semula tak jauh dari jeti tersebut. Setelah semua tiba, kami memasuki pemeriksaan kastam dan terus menuju ke feri dan bertolak tepat jam 3.00 petang. Perjalanan balik juga mengambil masa selama sejam. Tepat jam 4.00 petang, tiba di Jeti Kuala Perlis. Masing-masing dah penat. Lebih kurang 10 minit kemudian, bas pun tiba.
selamat tiba di Jeti Kuala Perlis
Jam 5.00 petang:Bertolak untuk pulang. Sebelum tu, kami sempat singgah pekena laksa di Kedai Laksa Mak Su. Dalam perjalanan, sempat juga kami singgah untuk membeli buah pelam (kata orang utara) atau mangga harum manis di tepi jalan untuk dibawa pulang. Dalam keadaan hujan lebat, bas yang kami naiki begitu berhati-hati dan berhenti di Hentian RnR Gurun sebelum meneruskan perjalanan.
8.00 malam:
Alhamdulillah...akhirnya kami selamat tiba di perkarangan pejabat. Ahli keluarga masing-masing sudah menunggu. Hm, penat memang penat tapi memang best sangat dapat bersama rakan-rakan bercuti di Pulau Langkawi. Ada masa lagi, kami ingin kembali...Jumpa lagi!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan